Special Acknowledgment

Highest gratitude I present to my beloved parents and family who are always there for praying my excellence and happiness.

I dedicated this blog especially for my precious friends who share with me the successes, tears, joys, bitter and sweetness of growing up.

Without all of these people I would never grab this great life. Thanks to Allah for giving me a chance to taste this wonderful life...^_^

Tuesday, September 28, 2010

Track 014 : Paper...

Salam....

Ape die yang paper ni? bukan la kertas semata-mate tapi kene wat academic paper. Hari ni Alhamdulillah dapat siapkan drawing ProE satu jenis Boiler Header. senang jek nk wat, tak serumit macam design FYP dulu. Jadi mulala bace academic paper untuk tau formatnya. InsyaAllah akan buat nanti cuma nak cari lebih banyak rujukan.

Gaji?Waaaa tak masuk lagi. Meter kewangan dah berkelip hehe. Hopefully esok masuk. Memang betol kene bijak mengawal perbelanjaan. Kne wat saving, bayar bil, yuran study, duit sara diri. Memang sukar untuk permulaan awal kerjaya ni lebey2 lagi blaja support pakai duet sendiri.Takpe, saye amek cabaran ni sebagai salah satu asam garam orang dewasa cewah! All the best to me. Semoga menjadi pemuda yang bijak mengawal perbelanjaan ^_^

InsyaAllah esok akan berlaku peristiwa yang seronok sebab akan pergi menonton teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya bersama kedua orang tuaku. Sebenarnye abah ajak mama nak kuar berdua tapi saje nyebuk anak bujang dorang sorang ni hehehe. Actually memang Tun Mahathir adalah salah seorang tokoh yang menjadi idola saya. Jadi menonton karya yang berkisar tentang beliau ni sedikit sebanyak dapat mendalami sejarah Tun. InsyaAllah akan saya ceritakan tentang teater ini dalam entry saya akan datang.




Source of Pic : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfLKGVwpUx0Yp_X7PACfSpw2PAaBrDBIjn6SjKYGAAZcj2eptLVrpYZ2QhCv1pJoGDomM2yiHA93jE8IS-epO-Vmab8FDJQUxiX15phOpTSKzZpCpUyq67g6vNfFwn4iwcj8c7uRssAlOp/s1600/MuzikalTunMahathir.jpg

Till then. No harm, no crime~

Monday, September 27, 2010

Track 013 : 27/10/2010

Tak tau nak buh tajuk ape so saye letak tarikh. Pasni andai kate tajuk tak catchy2 maknenye mmg takde idea nak bagi name ape.hehehe.

Alhamdulillah. Hari ni bangun awal kul 5 terus sahur untuk sambung balik puasa 6. Alhamdulillah dapat masuk hari ke-4. Semoga amalan diterima Allah. Amin...

Hari pergi kerja cukup cantik, penuh semangat. Menanam azam nak keje elok-elok sebab ibadat (terima kasih kepada rakan-rakan PEP 36 kerna mengingatkan soal ini). Untuk lebih cantik lagi nak kasi semangat pergi kerja dengan azam nak kumpul duit nak pinang anak orang walaupun calonnye belum timbul-timbul lagi.hahaha. Sometimes you need to create imagination to motivate yourself. Hari ni dapat siapkan design spec dan drawing sejenis boiler header juz ade nk add pattern sket lagi kat lukisan tu.

Hari ni bekerja lebih baik dari minggu lepas walaupun mengantuk sebab tidur yang tidak berkualiti semalam. Takpe, proses menyesuaikan diri ke alam pekerjaan. Basically hari ni tengok event yang di'create' di FB. IsyaAllah yang confirm datang ke jamuan yang akan saya buat dalam 15 orang walaupun jamuan lagi 2 minggu. Yang maybe dalam 60 orang. Perghhh katekanla semua datang mau sewa khemah ni. hehehe. Neway sangat happy andai sume dapat hadir, bley merapatkan mane yang jauh. Menguatkan silaturahim dan ukhuwah hehehe. Looking forward to that day.

InsyaAllah esok akan cuba menulis conference paper. Kena belajar jugak camne nak tulis paper. Dah name pun amek master. Nothing impossible.

Rasanye cukuplah untuk hari ni. Till then...

Saturday, September 25, 2010

Track 012 : Weekdays Yang Hectic

Salam....
Pergh 5 ari gak ek tak update. Siyes memang balik keje minggu ni sangat penat. Tak tau la sebab apa.huhuhu

So in summary:
20/09/2010

Hari isnin, continue wat puasa 6. Plan nak jumpa kawan-kawan yang masuk PEP tapi semua ada hal hari pertama. Masih dalam proses settle down. So pas tapau makanan terus balik.

21/09/2010

Hari ni rasa kurang seronok dengan prestasi kerja. Masih belum dapat comeout dengan mathematical model untuk robot analysis. Jumpa dgn Sir Adzly pun rasa tak berapa nak seronok sebab progress pun tak berapa banyak. Sambil tu kena deliver pulak design spec.

Ting tong-ting tong balik keje jumpe budak-budak PEP. dapat la minum-minum dengan Kamil, Kirin, We, Fahmi (ni budak Master). Syafiq dengan Zulhelmi pun join skali. So pas minum kat up10 anta la budak2 PEP ni balik ILSAS ape lagi tumpang dinner skali la tapi saya amek buah jela tu pun bahagian Ameer, die balik ru,ah.hahaha.
End of the day...

22/09/2010

Hari ni pas keje saya menculik 2 orang budak PEP balik ke rumah, Hazman dan Kamil. Kirin datang kejap jek. Peliknye budak-budak ni dengar briefing jek tapi dorang yang tergolek dulu. Memang dorang ni peserta kursus yang bagus la, dengar penuh kosentrasi.
Wasalamun...

23/09/2010

Biaselah, da name rumah bujang mestila lepak jek tapi kami bangun awal.Lepas setel solat subuh sume pun dah nak bergerak ke Uniten. Nak dijadikan citer cam besela ade jek yang ttinggal barang. Sape lagi si Kamil la. Bley lak tinggal kunci keter dengan kunci bilik. Abes ape lagi die pegi ceramah pakai kasut saya Saya lak gi kerja pakai selipar. Mesti kenagan terbaik wat Kamil time PEP kali ni. So sudahnye arini pas keje tengok wayang dengan budak2 PEP.Bley tahan gak ramai ade la dalam 7 orang. Tengok citer Devil. Pada awalnye mendapat review yang kureng daripada internet but pas tengok bley tahan la. Saya bagi range 2-2.5 bintang over 5.
Fin...

24/09/2010

Subhanallah. Hari ni memang betol-betol mengantuk. Rasa tanak datang kerja jek tapi memikirkan kontrak yang dah diterima (sebenarnye amanah) maka digagahkan hati ke tempat kerja.Siyes time khutbah pun tertido. Pekena lak briyani kambing.huhuhu. So balik opis kemas kini kerja dengan berat mata tiba-tiba teringat yang saya masih pegang kuci bilik Kamil sebab nak pulangkan yang die ttinggal kat rumah. Apa lagi pegi ilsas tido kat bilik Kamil.Hahaha sungguh tak senonoh.

Pas solat maghrib pulak pegi presint diplomatik. Ape lagi gi jumpa makhluk halus tu la si wanie. Kene bagi consultation lak kat die untuk wat program.hahaha.Neway good luck to you sis.
Sampai rumah urus diri, then tido...

So itu sajalah kehidupan biasa seorang pelajar post graduate.hehehe.Tapi baca2 balik rupanya saya banyak betul menumpang kasih budak2 PEP.hahaha. Memang saya ni 'distractor' dorang nak berkursus. Neway all da best kepada budak-budak PEP 36. Yang sempat bertemu dan terserempak ialah Kamil, Kirin, Hazman, Azwan Wil, Ameer Hafidz, Qayyim, Hud, Rina,Eli, Tengku, Sarah,Put. Yang len tu saya tak berpeluang nak berjumpa. Anyway, all the best to all of you PEP 36. Semoga menjadi engineer yang bertanggungjawab, amanah, soleh dan solehah.hehehe

Till then..

Monday, September 20, 2010

Track 011 : Jalan-Jalan Ziarah Aidilfitri

Hari ni takde apa sangat nak di update cuma boleh dikatakan perancangan nak gather budak-budak yg lapor diri PEP TNB, TNBR (Aziz) dgn Syafiq Khasmani tak menjadi. Ade yang nak beli keperluan diri dan ada yang dah nak balik pas keje sebab penat (dengan tanpa segan silu saya lah orang tu hehehe). Jadi rancangan ditangguhkan ke hari esok.InsyaAllah~

Untuk kerja hari ni memang tak bole blah, discussion dengan Sir Adzly, Sir Zafri, Dr Izham, Miss Jun, Mr Syed dengan Dr Agileswari (kejap jek die ade) amek mase dah 3 jam. Ape yang dibincang nampak semakin rumit dan bakal menggoncang kekuatan mental saya. Takpe-takpe, stay cool. I have chose this path so I must take it...insyaAllah as best as I can and with sense of responsible.

Nak diceritakan semalam baru je sampai rumah Abg Jad di Kota Warisan, Syafiq ajak pegi beraya rumaah Adzli. Jadi kumpul dulu kat rumah ZulH gerak sekali dengan Kamil ke USJ. Tapi sebelom tu singgah di rumah Shahnawaz, die jemput beraya. Perghhh, makan pe tau, briyani kambing. I like~
Yang best tu tak kusangka kami masih dapat duet raya daripada parent Shahnawaz. Yippeee~ Walaupun dah mula bekerjaya dan patut jadi bapak budak masih lagi menerima duet raya. Besela, muke awet muda.hak3 .Poyo~
Pastu baru bergerak ke rumah Adzli, link up with Aziz kat sane. Next menu Murtabak.Alhamdulillah sambil makan sambil berbual. Mostly bergurau sakan,gelak pun boleh tahan gak menganggau kejiranan rumah Adzli.hehehe

Neway, thanks to both Tuan Rumah. Semoga kalian sekeluarga sentiasa dirahmati Allah dan dilimpahi keberkatan dunia akhirat. Amin....

Sunday, September 19, 2010

Track 010 : Jernih



Pic Source : http://www.tdsnol.com/userfiles/content/tdshome/air_jernih.jpg

Jernih - Amuk

Jernih yang dari mata airmu
Sebening salju telaga rindu
Di lembah gunung rimba kencana
Mengalir ia tanpa henti

Bersaksikan kejora alam keriangan
Titis embun dingin ke bumi
Mekarlah rumpun hijau disirami kasih
Yang sejati penuh budi
Jernih salju bak syurgawi
Jadi pohon rimbun sampai akhir nanti

Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
Laluan yang penuh likuan
Cuma yang kelihatan
Satu keindahan yang dipuja
Menjadi ilham para pencinta
Teroka kala tanpa batasan
Menjadi cermin imbas berwajah
Seikhlas budi yang teguh berdiri

Bak air mengalir yang penuh halangan
Itu bukannya satu alasan
Di situ tersirat sebuah hakikat
Yang kelam jadi terang
Yang luka jadikan terubat
Keegoaan tersembunyi
Di lubuk hati suci...
Dan jernih...
(Dan mulus)

Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
Laluan yang penuh likuan
Cuma yang kelihatan
Satu keindahan yang dipuja
Menjadi ilham para pencinta
Teroka kalam tanpa batasan
Menjadi cermin imbas berwajah
Seikhlas budi yang teguh berdiri

Source : http://www.ilirik.com/amuk_--_jernih.html

Hari ini takde nak cerita apa-apa.Sebenarnya semalam nak blogging tapi disebabkan connection wifi broadband yang tidak mantap jadi terbantutla hasrat.
Alhamdulillah da sampai di rumah Abg Jad di Kota Warisan setelah bertolak daripada rumahku syurgaku di Gombak. Sepanjang pemanduan tadi tiba-tiba terlintas nak menyanyi sebuah lagu yang dah lama tak didengar. Masih ingat lagi lagu ini lagu kegemaran seorang sahabat baik saya di SDAR dulu iaitu saudara Ahmir aka Pasha. Lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan Amuk. Banyak maksud yang tersirat dalam bait-bait lirik lagu ni. Sama-sama kita hayati. Enjoy~

Friday, September 17, 2010

Track 009 : Juz a Normal Day...

Salam sume...

Ape nk dibebelkan ari ni?
Hehehe tengok title pun rase biase jek....
Memang pun, apa yang diwat arini. Seperti biasa bangun dalam pukul 5.35 pagi dan terus bersiap untuk solat subuh dan pergi ke tempat kerja.
Alhamdulillah mase da sampai Sentul awan gelap yang sangat besar dah berkumpul.Boleh dikatakan telah memendungi hampir seluruh KL tapi saya sempat sampai di Uniten yang tercinta tanpa berhadapan dengan masalah hujan lebat.

Jadi hari ini menyiapkan Critical Path Management untuk projek research pastu pergi ke TNBR untuk mengambil bberapa gamba daripada drawing. Cuma yang menarik ke TNBR hari ni dapat jumpa Aziz yang memang tengah boring sebab opis die pun kosong.So sudahnye pas solat Jumaat kami pun lunch bersama dengan sahabat yang lain.

Jadi pas makan, saya menyiapkan lagi kerja-kerja sebelum balik. Sudah solat asar saya pun kemas2 barang dan bersiap untuk balik. Tp hari ni ade kawan lama jemput open house raye, jadi orang da ajak kenala penuhi undangan.

Sahabat yang menjemput saya ni namanye Nurul Hidyahaini. Sape die ni? jeng2...biarla rahsie.hak3 saje wat saspen....
Bercerita mengenai sahabat saya sorang ni, memang sesuatu yang agak interesting. Kalau nak ikutkan dia bukan sahabat mase sekolah saya, jauh sekali sahabat seuniversiti. Kami berkenalan melalui satu program yang bernama Educamp yang di wat oleh Petronas pada tahun 2005. Jadi kami sume ni adalah calon2 yang sangat nk dapat scholarship Petronas. Sape tak nak beb Petronas. Sebuah GLC yang terulung di Malaysia. Mase Educamp dulu saya berkenalan dengan beberapa orang sahabat tapi yang masih keep in touch ialah si Nurul ni dan seorang lagi ialah Nurizzaidah (Ajed) yang kini berada di Moscow, Russia. Nampak sangat gi interview usha awek :P

So antara kami bertiga ni, si Nurul sorang jela dpt scholar Petronas.Walaupun saya ke Uniten dan si Nurul ni ke UTP manakala Ajed lak ke Moscow tapi kami masih keep in touch. Mungkin disebabkan ikhlas dalam perkenalan maka Allah merahmati persahabatan kami sampai skang. Nak kate kami ni kawan baik gile2 tadela sampai camtu tp seronok masing2 dok bertanya kaba dari mase ke mase, masing2 amek tahu perkembangan jadi silaturahim tu istiqamah sampai sekarang.

Moralnye dari peristiwa ni, apa yang saya nk katekan. Nak berkawan, kawan la dengan semua orang, jangan la nk pilih2. InsyaAllah selagi kita ikhlas dalam persahabatan, hubungan tu akan berkekalan walaupun bukan selalunya berjumpa. Kita tak tahu apa yang akan berlaku masa depan, mungkin seseorang yang kita pernah kenal memerlukan pertolongan kita pada mase depan dan gitula jugak sebaliknya.
Akhir kata, selagi kita jaga hubungan kita dengan Allah, insyAllah, Allah akan pelihara hubungan kita sesama makhluknya.

Neway thanks to Nurul atas jemputan. InsyaAllah bila saya wat makan2 nnt sume sahabat jemputla hadir.

Mak aih sedar tak sedar dah berjela saya membebel. Takpela, nak wujudkan pace untuk blogging, tak nak la tengok blog ni berhabuk.hehehe. Till then.
No harm, no crime. Salam~ ^_^

Thursday, September 16, 2010

Track 008 : Selamat Hari Malaysia


Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.
Sebenarnya sudah 47 tahun negara kita bergelar Malaysia, bermula dengan Tanah Melayu kemudian Malaya. Ia terhasil setelah berlaku perubahan politik antara pembentukan negeri-negeri di mana terdapat penyertaan dari Sabah & Sarawak manakala Brunei dan Singapura menarik diri daripada membentuk satu persekutuan. Hehehe, sekadar mengimbas sebahagian daripada sejarah.

Apa yang saya ingin ketengahkan di sini selain soal mencintai negara, yang penting ialah perasaan menghargai. Apa yang patut kita hargai? Sudah tentulah nikmat dan anugerah yang Allah telah berikan kepada kita iaitu sebuah negara yang aman, makmur, dan kaya dari segala sumber, bebas dari lingkaran bencana alam yang meruncing walapun tidak dinafikan terknea juga sedikit tempias.

Cuma akhir-akhir ini sedikit terkilan terkelumit dari sudut hati saya sebagai anak merdeka. Ramai pihak yang cemburu dengan nikmat yang rakyat Malaysia peroleh dan cuba ingin merampasnya. Kalau tidak dapat merampasnya pun pihak-pihak tersebut ingin menjahanamkan hadiah yang kita ada.Maka berlakulah banyak insiden 'ayam berlaga sekandang'. Tak kira kandang ayam milik si M, si C, si I atau mungkin berlaku di kalangan saudara-saudara kita di seluruh pelusuk Borneo dan Semenanjung.

Marilah saya menyeru diri saya dan saudara saudari sekalian, pupuklah rasa bersyukur dengan nikmat yang diberi ini. Saya akui masih terdapat lompang-lompang kecacatan dalam negara kita baik dari segi pembangunan sahsiah rakyatnya, soal urus tadbir dan pembangunan bola sepak (hehehe)tapi adakah perkara-perkara tersebut akan berubah dengan lebih giat sekiranya hanya kata rungutan sahaja yang dilemparkan tapi tiada tindakan pembetulan diambil. Maka di sinilah tanggungjawab kita untuk memperbaik segala kecacatan mengikut peranan dan kemampuan kita.

Alhamdulillah, sekali lagi syukur kepada Allah atas kurnia ini dan sama-samalah kita memulihara dan memelihara. No harm no crime ^_^

Thursday, September 9, 2010

Track 007 : Totally After a Year

salam

nice. da cukup setaun xupdate blog. hehehe. ape kate jdkn blog ni blog tahunan.hahaha

neway selamat hari raya maaf zahir batin ^_^