Special Acknowledgment

Highest gratitude I present to my beloved parents and family who are always there for praying my excellence and happiness.

I dedicated this blog especially for my precious friends who share with me the successes, tears, joys, bitter and sweetness of growing up.

Without all of these people I would never grab this great life. Thanks to Allah for giving me a chance to taste this wonderful life...^_^

Wednesday, September 9, 2009

Track 006 : Grand Launching (090909)

Bismillahirahmanirahim,

Sekarang dengan rasminya blog ini dilancarkan!

Semoga dengan adenye blog ni, banyak perkara dapat saya kongsi dengan pembaca bestari sekalian.

Tuesday, September 8, 2009

Track 005 : Karekter Komik Kegemaranku (1) : Dongfang Wudi

Hehehe...

Kebanyakkan sahabat sekalian maklum dengan kegilaan saya membaca komik. So kat sini saya nak cerita watak komik yang paling saya minat. Kira dalam carta, dia no. 1 dalam sepanjang kancah saya membaca komik selama 16 tahun.

Sape lagi kalau tidak dari komik Jejak Wira.....Dongfang Wudi!

Dongfang Wudi

Sebenarnye Dongfang Wudi bukanlah hero dalam komik yang saya baca ni. Dia seorang antagonis(watak jahat) dalam komik ni. Dia adalah ketua bagi satu kumpulan gelap di Korea Selatan iaitu Kultus Teratai Puith. Dari segi kekuatan dia adalah setaraf dengan Dewata Awan Berapi (Kultus Raksasa) dan Tok Waja (Kultus Angkasa). Ada seorang lagi watak paling kuat dalam komik ni iaitu Jagoan Tak Terkalah
tapi watak ni manjang tak muncul jek. So, Dongfang Wudi dan dua watak lain tu adalah yang terkuat dalam Jejak Wira ketika ini.

Apa yang wat saya suka kat watak ni? Pertama, adalah sebab karismanya sebagai seorang ketua. Dongfang Wudi sangat pandai menjaga hati pengikutnya dan ini menyebabkan kebanyakkan pengikutnya sangat setia terhadapnya dan kultus. Satu lagi yang mahal ialah dia sangat menghargai jaguh-jaguh yang berbakat dan ini menyebabkan ramai jaguh yang sanggup meninggalkan kumpulan asal mereka dan berkhidmat di bawahnya (besela cerita kongsi gelap banyak sangat backstab). Dongfang Wudi mempunyai cita-cita yang sangat tinggi iaitu ingin mengembangkan Kultus Teratai Putih untuk menguasai dunia. Ala citer komik, watak jahat memang camtu hehe.

Dongfang Wudi dengan Pedang Maharaja

Dari segi hikmat pulak, Dongfang Wudi mempunyai Hikmat Keramat Suria Bersembilan dan jurus jurus maut yang popular yang selalu dimainkan olehnya ialah Cakar Awan Berapi, Hikmat Pedang Suria dan Hikmat Pengalihan Bumi dan Angkasa.



Dongfang Wudi melancarkan hikmat Pedang Suria

Sebenarnya panjang lagi saya nak cerita pasal watak ni, tapi cukupla sampai sini saje. Maklumat lanjut tanya saye ek :P . So all the best kepada Dongfang Wudi. Hope artis komik ni, En. Tony Wong tak akan mematikan watak ini terlau awal. Kalau nak kasi mati pun, matilah penuh bergaya.hehehehe. That's all...

Track 004 : 1 on 1

Di sini ade sedikit perkongsian daripada segmen Sarapan Minda Sinar.fm bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzillah Khamsah mengenai puasa.

Daripada perkongsian beliau melalui puasa karekter sebenar seseorang individu dapat dilihat. Ini disebabkan dalam bulan Ramadhan syaitan dan iblis telah dibelenggu maka yang tinggal hanyalah nafsu sebagai ujian utama bagi manusia.

Jika sebelum Ramadhan kita selalu memberi alasan bahawa kesalahan yang kita buat tu bukanlah atas niat kita, tetapi terpujuk dengan rayuan syaitan. Maka dalam bulan Ramadhan ini berlakulah pertembungan satu lawan satu antara iman kita dan juga nafsu, tidak ada pengaruh daripada hasutan syaitan. Sekiranya kita tewas kepada tuntutan nafsu, maka jelaslah iman kita masih lagi rapuh.

Saya berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan sekalian memandangkan Ramadhan kian sampai ke penghujungnya, marilah kita sama-sama memperbaiki dan memantapkan iman dengan meningkatkan amal ibadat kita sebab musuh utama kita iaitu syaitan durjana dah nak kuar balik tu. Maka persiapkanlah diri kita untuk bertempur sampai ke akhir hayat.

Semoga Ramadhan pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Ayuh, sama-sama kita jayakannya. InsyaAllah ada kemahuan dan usaha, Allah akan sentiasa bersama kita. Peace~

Monday, September 7, 2009

Track 003 : Happy Birthday Gope (7/9/2009)

Happy birthday wahai sahabatku Khizir Mohd Ismail

Sweet 22

Haish sedar x sedar dah 10 tahun kte membe Pe. Banyak cerite pasal kawanku sorang ni.

So saya doakan saudara Gope akan sentiasa cemerlang dan bahagia selalu. May Allah bless you always and take care~

Sebenarnye banyak cerita yang saya nak kongsi pasal kawan saya sorang ni tapi keadaan saya ketika ini tidak mengizinkan kerana kepenatan selepas seharian di lab biodiesel. InsyaAllah sekiranya ade rezeki saya akan ceritakan pasal saudara Khizir ni.

Gope, you got my salute and respect as you really deserve it. All d best aniki! ^_^

Sunday, September 6, 2009

Track 002 : Happy Birthday Mimie (6/9/2009)

Happy birthday I wish to my beloved friend, Mimie.

May all your wishes comes true and hope you may finish your project and study with flying colours.

All the best in what ever you do and May Allah bless you always.

Semoga sentiasa gembira dan berbahagia disamping orang tersayang.hehehe. Jaga diri selalu~ ^_^

Saturday, September 5, 2009

Track 001 : Mukadimah

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada para sahabat, pembaca-pembaca dan pengunjung-pengunjung blog sekalian.


Ini first time saya menulis blog. Mungkin ramai rakan-rakan yang terasa janggal sket bila saya menggunakan kata ganti diri 'saya'. Pada saya, saya memilih kata ganti diri ni disebabkan rasa hormat saya kepada anda yang membaca blog ni. Sebenarnya dah lama saya 'kepingin' untuk menulis tetapi terdapat constraint yang tidak mengizinkan saya untuk menulis. Banyak lagi benda yang saya kena belajar untuk menulis blog ni. So, segala tunjuk ajar dan komen dari anda semua amat saya hargai. ^_^

Harap kita dapat jadikan blog ni sebagai tempat kita berkongsi apa sahaja lebih-lebih lagi pendapat, emosi, pengalaman, pengetahuan dan teguran-teguran yang membina. Till then~