Special Acknowledgment

Highest gratitude I present to my beloved parents and family who are always there for praying my excellence and happiness.

I dedicated this blog especially for my precious friends who share with me the successes, tears, joys, bitter and sweetness of growing up.

Without all of these people I would never grab this great life. Thanks to Allah for giving me a chance to taste this wonderful life...^_^

Tuesday, December 7, 2010

Track 020 : Azam 1432H & 2011M

Salam...

Alhamdulillah telah masuk tahun baru 1432 Hijrah. Terima kasih kepada Allah disebabkan diberi usia kepada saya untuk terus hidup di tahun baru, semoga saya juga sentiasa beringat kepada kematian kerana semakin meningkat usia semakin hampir kita kepada kematian...

Hehehe azam tahun baru? Ish, mestilah ada dan saya telah merangkanya beberapa bulan yang lepas dan beberapa hari yang lepas saya sudah kaji, finalize dan endorsed apekah azam atau target yang saya ingin capai, insyaAllah by the end of year 1432H dan juga 2011M ^_^

So straight to the points :

1. Want to be a better muslim, son, brother, friend, employee, student and also any other of my roles.

2. Finish my master.

3. Get a permanent job.

4. InsyaAllah want to 'merisik' and getting engaged ---> if 'she' is the one ^_^

5. Menjaga, mengawal dan mencegah diri daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar, maksiat dan keji.

Jadi itulah 5 perkara yang saya telah tetapkan sebagai panduan untuk membimbing diri untuk sepanjang tahun ini. Yang no 1 dengan 5 tu macam biasa itu perkara yang open ended, saya akan buat yang terbaik dan yang selebihnya terpulang kepada Allah untuk menerima dan menentukannya. Allah lebih mengetahui...

Baik, untuk no 2 insyaAllah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan research yang terbaik. So far saya suka dengan kerja saya dan insyaAllah bulan 1 ni saya akan ada proposal defense dan pada pertengahan tahun saya akan tahu macam mana projek ini akan dihabiskan. Saya akan berusaha untuk siapkan sebelum penghujung tahun ^_^.

No 3, cari kerja yang tetap.Setakat ni saya dah apply TNB PEP 37, so tunggu dan lihatlah.hehehe. Untuk peluang kerja lain, saya akan apply bila saya dah mula thesis writing. Saya rasa itu waktu yang sesuai untuk mencari kerja. Tak terlalu lambat, tak terlalu cepat. Andai kate dapat Schlumberger mungkin gaji saya bley cecah RM7k huhuhuu~ Papehal abehkan master dulu.hehehe

No. 4. Ehemm....adeyh segan la pulak (eleh cam ade orang len jek bace blog ni :p) Neway sebagai seorang lelaki bujang takkan la saya takde keinginan untuk berpasangan. Saya inginkan suatu hubungan yang baik, halal, berkat dan diredhai. InsyaAllah andai kata Allah izinkan, perkara ini akan berlaku. Saya hanya mampu merancang dan berusaha yang selebihnya ketentuan Allah. Saya berserah andai kata betul la 'dia' untuk saya, perkara ini akan jadi dengan baik dan andai kata bukan 'dia' untuk saya, saya redha. Sesungguhnya saya bersedia untuk sebarang kemungkinan. Mungkin ambil pengajaran dari pengalaman yang lepas2.hehehe. Papehal pun saya positif dengan perkara ini dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Thank you Allah ^_^. Sambil-sambil tu saya pun nak buat persiapan baik dari segi kewangan, ilmu dan apa saja keperluan lain sebagai persediaan hidup berumah tangga. Tak rugi pun berjimat dan menuntut ilmu kan?hehehe. InsyaAllah

Jadi setakat ini saja perkongsian saya kali ini. Alhamdullilah, tahun 1431H dan 2010M yang akan tamat, akan berakhir penuh cemerlang walaupun ade banyak perkara boleh diperbaiki lagi tapi secara keseluruhannhya sebuah tahun yang bagus. Looking forward for 1432H and 2011M ^_^. InsyaAllah, may all of these wishes come true and may Allah ease my way, bless,protects and forgives me. Ameen..

Salam Maal Hijrah 1432H dan tahun baru 2011M buat semua. Saya sayang anda semua. Semoga kita sentiasa mendapat keampunan Allah dan berada dalam keberkatanNya. Ameen.. ^_^

Friday, October 29, 2010

Track 019 : What a Wonderful Week

Salam...

Alhamdulillah, dah masuk hari akhir bekerja dalam minggu ni. Syukur perjalanan minggu ni lancar. Kerja meet on schedule. InsyaAllah projek ni akan progress dgn baik. Master? InsyaAllah takde masalah gak. Satu pengajaran yang diperoleh dalam minggu cemerlang ni, apabila kita mulakan hari kita dengan memuju Allah, memohon doa daripdaNya insyaAllah akan depermudah segala urusan dan rezeki akan lebih murah. Bukan nak kate takde cabaran dalam pekerjaan atau kehidupan cuma apabila kita berserah segala-gala kepada Ilahi akan mudah bagi kita hadapi dugaan. Amin ^_^

Waaa minggu depan seronok. InsyaAllah saya akan mengikut Supervisor, Encik Adzly serta team mate projek boiler header inspection robot ni pegi site visit ke Manjung Power Station Perak. Ini satu pengalaman yang baru bagi saya dan sudah pasti tidak akan melepaskan peluang ni utntuk berjalan2 ( ni rupanya niat sebenar hehehe). Tapi apa-apa hal pun yang penting untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin dan berusaha untuk contribute dalam projek besar ni. Projek ni la tempat saya cari makan untuk kelulusan master saya so kne wat yang terbaik. InsyaAllah, saya optiimis ! hehehe

Pas balik pulak ujung minggu depan 7 Nov akan bersama-sama sahabat pergi outdoor nek ATV.waa ni pun mende baru dalam idup saya. Looking forward to it. Hurmm nampak gaya bulan 11 ni banyak mende menarik akan berlaku. Seronok2.hehehe.. Kla setakat ni saja. Till then...

Sunday, October 17, 2010

Track 018 : Azam 2010



Pic source : http://ryanflood.files.wordpress.com/2010/01/2010-roth-ira-conversion-rules-limits.jpg

Sedar tak sedar dah semakin penghujung 2010. Alhamdulillah masih diberi usia dan dikurnia kesihatan. Berdoa agar saya tak termasuk dalam golongan yang mensia-siakan usia yang diberi...

Sekadar review balik azam 2010 :

1. Tamatkan degree pada tahun ni (Done)
2. Dapatkan Dean's List untuk final sem (Done)
3. Menjadi RA dan lanjutkan pelajaran peringkat Master (Done)
4. Menjaga dan meningkatkan amal ibadat dan meninggalkan perkara-perkara buruk (hanya Allah sahaja yang dapat menilai)

Alhamdulillah, 3 daripada 4 azam saya tahun ni tercapai!

Thank to Allah, Allah permudahkan urusan saya. Saya akui memang sukar untuk mencapai azam yang disasarkan. Tapi saya percaya Allah takkan mensia-siakan doa hambaNya dan mestilah disertakan usaha dan tawakkal. Terima kasih kepada insan-insan yang sangat berjasa Mama, Abah, Family, Sahabat-Sahabat, Lecturers dan tok-tok guru saya, serta sume insan yang membantu saya secara lansung atau tak lansung. Semoga anda sekalian sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah amin....

So bley start planning untuk 2011. I have a few in my mind.hehehe. till then~

Wednesday, October 13, 2010

Track 017 : Mesti Boleh Punya...

Pagi tadi di Mobile Robotic Group(MRG) Lab....

Joshua: Iszmir, kalau you tak dapat habis master macam mana?

Iszmir: Ish..mesti buat sampai habis punya...

Joshua: Kalau tak habis?

Iszmir: Saya mesti cuba buat sampai habis.hehehehe

Joshua: Ni kalau betul-betul tak habis?

Iszmir: Hahaha ni kalau betul-betul tak habis, then I quit la, kerja terus. Tapi apa-apahal pun mesti buat sampai habis.hehehe

Joshua: Bagusla you. Orang yang cakap dia buat mesti boleh buat punya. You optimist mesti boleh punya....

Itula sedikit sebanyak perbualan kami di pagi-pagi hari waktu memulakan tugasan kami sebagai research assistant. Sume dalam fasa tertekan skang. Tu yang ayat pun sume bunyi agak-agak down.hahahaa.Kesian sahabat saya sorang ni, dah keje dekat setahun tengok progress ok jek tapi memang die pun dalam keadaan buntu. Agak stuck dengan coding die dgn mathematical model tapi die tetap cube untuk overcome problem die. Memang satu semangat yang patut dicontohi.

Saya baru je nak masuk bulan ketiga kerja, untuk progress kerje research saye rase di tahap ok bukan mungkin juz a little bit satisfied tapi untuk kerja-kerja master bagi saye masih belum di tahap memuaskan hati (mungkin pada pandangan saya kot). Memang untuk saya sendiri saya stuck di bahagian mathematical model. insyaAllah solve part tu sebahagian besar kerja saya akan lebih senang untuk master. Takpe, inyaAllah andai kate saya kerja dengan lebih kuat sedikit dan efisien perkare tu akan solve. Ya Allah berikanlah petunjuk kepada hambaMu ni. Jauhkanla dari sifat malas dan mudah putus asa...

Hahahaa, kamon Iszmir Nazmi. Jangan poyo-poyo. Keje kamu taklah serumit mana cuma perlu positif. Alhamdulillah saya suka dengan kerja saya, supervisor dan lecturer2 yang sangat supportive dan membantu, ofismate yang baik-baik dan environment ofis yang bersih dan selesa. apa lagi saya nak. syukur....

So work smart and effective, redha and tawakkal, insyaAllah the success is within our grasp..Ameen... Till then, no harm no crime~

Monday, October 11, 2010

Track 016 : Ko bila lagi?

Suatu petang di sebuah masjid di Sri Gombak bersama sahabat Asyraf Bakhtiar...

Iszmir Nazmi : Assalamualaikum (memberi salam. menegur 2 orang jemaah yang bertaraf pak cik ketika kami baru keluar selepas menunaikan solat Asar)

Jemaah : Waalaikumussalam...eh ko bila lagi?

Iszmir Nazmi : Haaa? saye bila apa lagi pak cik?

Jemaah : Eyh, korang bukan dari kenduri kawen kat bawah ke? (merujuk kepada kenduri kawen yang baru saje selesai di bawah masjid)

Iszmir Nazmi : Takdelah pak cik. Kami singgah solat Asar jek. bukan jemputan kenduri ni (sambil senyum untuk membetulkan keadaan)

Jemaah : oooo ingat dari kenduri ni.hahahaha

Iszmir Nazmi : hehehehe. memang ramai orang kawen arini pak cik. kami pun baru balik dari walimah kawan kami di Uniten....bla... bla... (sekadar berbual mesra)

Itulah satu peristiwa yang berlaku pada saya petang semalam, kecil tapi membuat saya terkesan...

Ya...aku bila lagi? bila apa? bila nak mati? bak kate Laksamana Sunan dalam karya Cinta Sang Ratu nukilan Ramlee Awang Murshid "Mati itu pasti, hidup insyaAllah". Ya, saya sebagai insan biasa dan seorang muslim wajib menerima hakikat bahawa mati itu akan datang dan ia sesuatu yang pasti. Jadi sentiasalah bertaubat dan memhon keampunan dariNya agar dimatikan dalam keadaan baik. insyaAllah...

Hehehe...sebenarnye ape yang pak cik tu tanye ialah bila saye akan kawen. Suatu persoalan yang saye sendiri tiada jawapannye. Jauh di sudut hati ini memang kepingin untuk berpasangan. Eyh bukan saye gatal atau desperate tapi ini memang keinginan normal seorang manusia. Ingin teman hidup, sesuai dengan fitrah hidupan lain. Saya turut kemukakan soalan kepada saudara Asyraf.

Iszmir Nazmi : Acap, ko nampak aku ni desperate ke?

Acap : Ko bukan desperate Kuch. Tapi ko dah sampai mase.Ko pun dah abes study dan ko pun bekerja walaupun sambung study....bla...bla

Ya itulah yang banyak kami bualkan sepanjang petang. Tentang mencari pasangan hidup. Saya akui nak mencari pasangan hidup bukannye senang. Ade orang kate saye memilih.hehehehe.adei..memilih ke saye? kalo memilih masakan saye mencuba 6 kali tapi sume gagal. ade yang dapat pun tak tahan lame itu pun skali jek try dapat (mase tu pun zaman foundation, budak2 lagi mase tu :P). Adekah ade percubaan yang ke-7? hanya Allah saje yang tahu.hahahaha

Saya akui jodoh pertemuan di tangan Allah tapi apa2 hal pun mesti atas ikhtiar dan usaha sendiri. nk ikthiar camne? insyaAllah saya akan sentiasa memperbaiki diri saya dari masa ke masa dan berusaha dengan cara yang diredhai Allah. insyaAllah. semoga Allah merahmati dan memberi petunjuk kepada saya supaya segala urusan dipermudah dan dilindung dari perkare2 yang tidak baik dan boleh mendatangkan kemudharatan.

Saya positif dengan ketentuan Allah dan saya tidak akan sesekali akan mempersoalkan takdir. insyaAllah, Allah telah menyediakan sesuatu yang baik terhadap hambaNya dan Dia lebih mengetahui. Takpe, berkawan biar seribu berkasih biar satu.Saya percaya masanye akan sampai nanti dan Allah menyediakan ujian perasaan ini sebagai salah satu platform kepada saya untuk memperbaiki diri saya. insyaAllah saya akan menggunakan peluang ini sebaik2nya dan semoga Allah merahmati sya. Tidak ssekali saya sanggup dibuai nafsu dan dipujuk syaitan, diharapkan saya mendapat perlindungan dan keampunan dariNya...

Hehehehe..adehhh meleret lagi. Takpe, hanye sekadar luahan hati. Harap taklah over sangat sampai terlalu mengikut emosi.hehehe. Till then~

Monday, October 4, 2010

Track 015 : Cinta Yang Sempurna

Terbawa aku dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Ooohhh Ooooh
Mungkinkah ini cinta…

Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Ooohh Oooh
Mungkin ini semua mimpi

*
Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu
Keindahan semu
Semua hanya palsu

**
Bawa aku….
KepadaMu...
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan
Ku terlupa padaMu...

Kasih tempat mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
KepadaMu...

* Repeat 1
** Repeat 2

Lyric Source : http://www.budiey.com/lirik-lagu-cinta-yang-sempurna-6ixth-sense-feat-noe-letto/

Salam...

Dah beberapa hari saya tak update. hehehe. bukan tak nak update tapi memang kepenatan dari kegiatan seharian. InsyaAllah saya akan cerita balik apa yang berlaku dari hari rabu lepas sapai hari minggu semlam. memang saya mengalami hari-hari yang ceria walaupun cabaran tetap ada. Ala..nama pun asam garam kehidupan tapi Alhamdulillah masih diberi kekuatan.

Hari ni masa keluar jap pegi bayar bil dengar lagu ni kat kedai saya bayar bil ni. Memang saya suke lagu ni. Nyanyian 6th Sense dengan Neo dari Letto, band dari Indonesia. Sekali dengar lagu ni macam lagu cintan bese tapi sebenarnya lagu ni ada maksud yang lebih mendalam. Ya cinta pada Tuhan Yang Esa Allah SWT. Jadi sambil-sambil la kita hayati dan enjoy. Layan~

Tuesday, September 28, 2010

Track 014 : Paper...

Salam....

Ape die yang paper ni? bukan la kertas semata-mate tapi kene wat academic paper. Hari ni Alhamdulillah dapat siapkan drawing ProE satu jenis Boiler Header. senang jek nk wat, tak serumit macam design FYP dulu. Jadi mulala bace academic paper untuk tau formatnya. InsyaAllah akan buat nanti cuma nak cari lebih banyak rujukan.

Gaji?Waaaa tak masuk lagi. Meter kewangan dah berkelip hehe. Hopefully esok masuk. Memang betol kene bijak mengawal perbelanjaan. Kne wat saving, bayar bil, yuran study, duit sara diri. Memang sukar untuk permulaan awal kerjaya ni lebey2 lagi blaja support pakai duet sendiri.Takpe, saye amek cabaran ni sebagai salah satu asam garam orang dewasa cewah! All the best to me. Semoga menjadi pemuda yang bijak mengawal perbelanjaan ^_^

InsyaAllah esok akan berlaku peristiwa yang seronok sebab akan pergi menonton teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya bersama kedua orang tuaku. Sebenarnye abah ajak mama nak kuar berdua tapi saje nyebuk anak bujang dorang sorang ni hehehe. Actually memang Tun Mahathir adalah salah seorang tokoh yang menjadi idola saya. Jadi menonton karya yang berkisar tentang beliau ni sedikit sebanyak dapat mendalami sejarah Tun. InsyaAllah akan saya ceritakan tentang teater ini dalam entry saya akan datang.




Source of Pic : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfLKGVwpUx0Yp_X7PACfSpw2PAaBrDBIjn6SjKYGAAZcj2eptLVrpYZ2QhCv1pJoGDomM2yiHA93jE8IS-epO-Vmab8FDJQUxiX15phOpTSKzZpCpUyq67g6vNfFwn4iwcj8c7uRssAlOp/s1600/MuzikalTunMahathir.jpg

Till then. No harm, no crime~