
Pic Source : http://www.tdsnol.com/userfiles/content/tdshome/air_jernih.jpg
Jernih - Amuk
Jernih yang dari mata airmu
Sebening salju telaga rindu
Di lembah gunung rimba kencana
Mengalir ia tanpa henti
Bersaksikan kejora alam keriangan
Titis embun dingin ke bumi
Mekarlah rumpun hijau disirami kasih
Yang sejati penuh budi
Jernih salju bak syurgawi
Jadi pohon rimbun sampai akhir nanti
Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
Laluan yang penuh likuan
Cuma yang kelihatan
Satu keindahan yang dipuja
Menjadi ilham para pencinta
Teroka kala tanpa batasan
Menjadi cermin imbas berwajah
Seikhlas budi yang teguh berdiri
Bak air mengalir yang penuh halangan
Itu bukannya satu alasan
Di situ tersirat sebuah hakikat
Yang kelam jadi terang
Yang luka jadikan terubat
Keegoaan tersembunyi
Di lubuk hati suci...
Dan jernih...
(Dan mulus)
Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
Laluan yang penuh likuan
Cuma yang kelihatan
Satu keindahan yang dipuja
Menjadi ilham para pencinta
Teroka kalam tanpa batasan
Menjadi cermin imbas berwajah
Seikhlas budi yang teguh berdiri
Source : http://www.ilirik.com/amuk_--_jernih.html
Hari ini takde nak cerita apa-apa.Sebenarnya semalam nak blogging tapi disebabkan connection wifi broadband yang tidak mantap jadi terbantutla hasrat.
Alhamdulillah da sampai di rumah Abg Jad di Kota Warisan setelah bertolak daripada rumahku syurgaku di Gombak. Sepanjang pemanduan tadi tiba-tiba terlintas nak menyanyi sebuah lagu yang dah lama tak didengar. Masih ingat lagi lagu ini lagu kegemaran seorang sahabat baik saya di SDAR dulu iaitu saudara Ahmir aka Pasha. Lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan Amuk. Banyak maksud yang tersirat dalam bait-bait lirik lagu ni. Sama-sama kita hayati. Enjoy~
No comments:
Post a Comment