
Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.
Sebenarnya sudah 47 tahun negara kita bergelar Malaysia, bermula dengan Tanah Melayu kemudian Malaya. Ia terhasil setelah berlaku perubahan politik antara pembentukan negeri-negeri di mana terdapat penyertaan dari Sabah & Sarawak manakala Brunei dan Singapura menarik diri daripada membentuk satu persekutuan. Hehehe, sekadar mengimbas sebahagian daripada sejarah.
Apa yang saya ingin ketengahkan di sini selain soal mencintai negara, yang penting ialah perasaan menghargai. Apa yang patut kita hargai? Sudah tentulah nikmat dan anugerah yang Allah telah berikan kepada kita iaitu sebuah negara yang aman, makmur, dan kaya dari segala sumber, bebas dari lingkaran bencana alam yang meruncing walapun tidak dinafikan terknea juga sedikit tempias.
Cuma akhir-akhir ini sedikit terkilan terkelumit dari sudut hati saya sebagai anak merdeka. Ramai pihak yang cemburu dengan nikmat yang rakyat Malaysia peroleh dan cuba ingin merampasnya. Kalau tidak dapat merampasnya pun pihak-pihak tersebut ingin menjahanamkan hadiah yang kita ada.Maka berlakulah banyak insiden 'ayam berlaga sekandang'. Tak kira kandang ayam milik si M, si C, si I atau mungkin berlaku di kalangan saudara-saudara kita di seluruh pelusuk Borneo dan Semenanjung.
Marilah saya menyeru diri saya dan saudara saudari sekalian, pupuklah rasa bersyukur dengan nikmat yang diberi ini. Saya akui masih terdapat lompang-lompang kecacatan dalam negara kita baik dari segi pembangunan sahsiah rakyatnya, soal urus tadbir dan pembangunan bola sepak (hehehe)tapi adakah perkara-perkara tersebut akan berubah dengan lebih giat sekiranya hanya kata rungutan sahaja yang dilemparkan tapi tiada tindakan pembetulan diambil. Maka di sinilah tanggungjawab kita untuk memperbaik segala kecacatan mengikut peranan dan kemampuan kita.
Alhamdulillah, sekali lagi syukur kepada Allah atas kurnia ini dan sama-samalah kita memulihara dan memelihara. No harm no crime ^_^
No comments:
Post a Comment