Special Acknowledgment

Highest gratitude I present to my beloved parents and family who are always there for praying my excellence and happiness.

I dedicated this blog especially for my precious friends who share with me the successes, tears, joys, bitter and sweetness of growing up.

Without all of these people I would never grab this great life. Thanks to Allah for giving me a chance to taste this wonderful life...^_^

Tuesday, September 8, 2009

Track 004 : 1 on 1

Di sini ade sedikit perkongsian daripada segmen Sarapan Minda Sinar.fm bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzillah Khamsah mengenai puasa.

Daripada perkongsian beliau melalui puasa karekter sebenar seseorang individu dapat dilihat. Ini disebabkan dalam bulan Ramadhan syaitan dan iblis telah dibelenggu maka yang tinggal hanyalah nafsu sebagai ujian utama bagi manusia.

Jika sebelum Ramadhan kita selalu memberi alasan bahawa kesalahan yang kita buat tu bukanlah atas niat kita, tetapi terpujuk dengan rayuan syaitan. Maka dalam bulan Ramadhan ini berlakulah pertembungan satu lawan satu antara iman kita dan juga nafsu, tidak ada pengaruh daripada hasutan syaitan. Sekiranya kita tewas kepada tuntutan nafsu, maka jelaslah iman kita masih lagi rapuh.

Saya berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan sekalian memandangkan Ramadhan kian sampai ke penghujungnya, marilah kita sama-sama memperbaiki dan memantapkan iman dengan meningkatkan amal ibadat kita sebab musuh utama kita iaitu syaitan durjana dah nak kuar balik tu. Maka persiapkanlah diri kita untuk bertempur sampai ke akhir hayat.

Semoga Ramadhan pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Ayuh, sama-sama kita jayakannya. InsyaAllah ada kemahuan dan usaha, Allah akan sentiasa bersama kita. Peace~

No comments:

Post a Comment