Kebanyakkan sahabat sekalian maklum dengan kegilaan saya membaca komik. So kat sini saya nak cerita watak komik yang paling saya minat. Kira dalam carta, dia no. 1 dalam sepanjang kancah saya membaca komik selama 16 tahun.
Sape lagi kalau tidak dari komik Jejak Wira.....Dongfang Wudi!
tapi watak ni manjang tak muncul jek. So, Dongfang Wudi dan dua watak lain tu adalah yang terkuat dalam Jejak Wira ketika ini.
Apa yang wat saya suka kat watak ni? Pertama, adalah sebab karismanya sebagai seorang ketua. Dongfang Wudi sangat pandai menjaga hati pengikutnya dan ini menyebabkan kebanyakkan pengikutnya sangat setia terhadapnya dan kultus. Satu lagi yang mahal ialah dia sangat menghargai jaguh-jaguh yang berbakat dan ini menyebabkan ramai jaguh yang sanggup meninggalkan kumpulan asal mereka dan berkhidmat di bawahnya (besela cerita kongsi gelap banyak sangat backstab). Dongfang Wudi mempunyai cita-cita yang sangat tinggi iaitu ingin mengembangkan Kultus Teratai Putih untuk menguasai dunia. Ala citer komik, watak jahat memang camtu hehe.
Dari segi hikmat pulak, Dongfang Wudi mempunyai Hikmat Keramat Suria Bersembilan dan jurus jurus maut yang popular yang selalu dimainkan olehnya ialah Cakar Awan Berapi, Hikmat Pedang Suria dan Hikmat Pengalihan Bumi dan Angkasa.

Dongfang Wudi melancarkan hikmat Pedang Suria
Sebenarnya panjang lagi saya nak cerita pasal watak ni, tapi cukupla sampai sini saje. Maklumat lanjut tanya saye ek :P . So all the best kepada Dongfang Wudi. Hope artis komik ni, En. Tony Wong tak akan mematikan watak ini terlau awal. Kalau nak kasi mati pun, matilah penuh bergaya.hehehehe. That's all...
backstep????langkah blakang?huhuhu
ReplyDeleteaah. dorg undur pastu masuk grup len.hehehe
ReplyDelete